Sunday, 31 May 2015

PARUT


PARUT LAMA

Sinopsis


Bila hati mula berbicara antara satu sama lain, maka satu lah dua hati menjadi cinta.
Cinta yang di bina mula berputik dengan kata-kata manis, tapi jika cinta mula di perabaikan akan mula sikit demi sedikit menjadi layu seperti bunga yang mati. Jika ianya terjadi, maka cinta itu akan berubah menjadi hitam.
Bila ketika baru sahaja untuk rasa erti kebahagiaan, datanglah satu demi satu halangan yang cuba untuk memisahkan kebahagian yang baru sahaja bermula.Tidak semua hati dapat dibaca melalui fizikal. Kadang-kadang kita sendiri tidak dapat mengetahui apa yang kita rasa itu samada kita suka, benci, marah, atau pun sebaliknya.


"Mama! Mama!"
"Isyah nak jumpa Arifah."
Zana hanya mendiamkan diri apabila permintaan ank tirinya itu untuk berjumpa dengan anak kandungnya itu. Dia sendiri tidak pasti dapat ke keluarganya itu menerima kembali dirinya itu.


Penuh dugaan dan cabaran yang ditempuhi untuk mencapai kebahagian bersama.
Masih berpeluang ke untuk mendapat kebahagian baru selepas parut parut yang ditinggalkan oleh
manusia-manusia yang berhati kejam. Masihkah dia berjaya untuk mengubat hatinya untuk mendapatkan kebahagian yang dia impikan selama ini. Dapatkah hatinya yang keras itu dilembutkan. layak ke dia mendapat gelaran sebagai mama kepada anak-anaknya akan datang.

"Abang sampai hati abang buat macam ni kat Zana."
"Maafkan abang, abang tidak ada niat untuk buat Zana macam ni."
"Kalau abang da benci Zana jangan menghina Arifah, kalau Zana boleh sayang anak-anak abang macam anak sendiri kenapa abang tak boleh buat benda yang sama!"
"Maafkan abang Zana."

Cinta mula pudar sikit demi sedikit. Masih ada peluangkah Iz bertaut kembali di dalam hati Zana.
Akan bersatu kembali cinta yang telah disemai secara tidak sengaja bersatu. Masihkah ada ruang untuk anak-anak mendapatkan kasih sayang dari seorang mama.




Watak-watak utama:

Zana                                      Adik Raisyah                          Amri
Izzudin                                  Abang Aidi                              Jiji
Arifah
                                                                                            
Hana                                      Airin                                       Zilla
Mak Ani                                Fikri                                        Zakif

Akim                                     Ika                                           ammar ikram
Hanie                                   Iddriana


Watak watak sampingan:

Along                                 Iqbal                             Adik
Bak yah                             Abang Amir                  Angah
Intan                                   Kakak
Kak Rina                            Mr. Hui
Miss Chu                            Wawa
Sarah ain                            Kak Ayu

Madam


                                                                                                                                                                 

BAB 1

Bip bip bip. Pesanan ringkas sampai kepada Zana.
"Selamat Hari Jadi Nur Zana yang ke 23. Semoga Zana bahagia dan berjaya dunia akhirat hendaknya ya."
"Terima kasih Kak Hana!!Akak still ingat lagi birthday Zana ya"
"Mestilah akak ingat, sebab birhtday kamu dekat dengan birthday kawan akak. Kamu sambut dekat mana? Dah potong kek? Dapat hadiah apa tahun ni?"

Zana hanya tersenyum bila melihat pesanan ringkas dari Kak Hana.
"La yeke, Zana tak sambut kat mana-mana pun akak, dah besar-besar ni malu la nak sambut."
"Kalau macam tu mari la akak belanja kamu, nanti rehat dalam kul dua kamu datang la ke cafe Viber World."

Zana tidak sampai hati untuk menolak permintaan Kak Hana memandangkan dia sudah lama tidak berjumpa dengan Kak Hana terus setuju untuk makan bersama-sama dengannya.

Cuaca haritu sangat panas sehingga terpaksa menunggu Kak Hana di luar kedai kerana tidak mahu menunngu didalam kerana malu dengan pelanggan-pelanggan yang berada di sana.
Zana! Zana!
Dia memusingkan kepalanya terlihat dua gadis perempuan sedang berjalan kearahnya. Tidak begitu jelas dua wajah gadis yang berjalan hampir kearahnya dek kerana cuaca haritu begitu panas.
Hampir saja dua gadis itu baru saja dia membalas sapa nya tadi yang memanggil-manggilnya dari jauh itu dari tadi rupanya Kak Hana dan Kak Bayah.

"Eh Kak Hana dan Kak Bayah rupanya." jawab Zana tersengih-sengih bila melihat mereka berdua.
"Yela akak bawa sekali Kak Bayah sebab birthday kamu dekat-dekat, so boleh la sambut bersama. Dah jom masuk dalam , tunggu kat depan kedai ni berborak smpai esok pun tak habis."

"Akak. Zana minta maaf ya masa arwah ayah akak meninggal haritu Zana tak dapat datang."
"Tak mengapalah Zana, akak faham kamu tengah mengalami masalah."
Suasan tiba-tiba terputus lantas sunyi sepi lepas perbicaraan mereka berdua.Zana hanya mendiamkan diri dan temenung seketika bila teringat akan kata-kata Kak Hana sebentar tadi. Sungguh beruntung Zana mendapat sahabat yang sangat memahaminya ketika suka dan duka yang dilaluinya.


"Ok lah akak kalau macam tu. Nanti senang-senang Zana singgah rumah akak, lama sangat dah Zana tak jumpa Mak Ani."
"Nanti apa-apa teks je akak. Zana jaga diri ya Zana."
Mereka membuat haluan masing-masing selepas perbualan tersebut.
Zana meluru masuk kedalam kereta yang berada betul-betul dihadapan kedai itu.


Ahad yng paling membosan kan Zana. Padanya dihari tersebut hari yang paling sunyi walau pun hari ahad itu adalah hari cuti nya.
Bunyi alarm kereta Zana yang bergema dari jauh sudah didengari. Zana terus menuju ke garaj kereta dihadapan rumanya itu terus masuk ke dalam kereta tersebut tanpa menghirau kan sesiapa yang ketika itu yang sedang memandangnya.Hanya suara kanak-kanak kecil halus saja yang didengar nya ketika didalam kereta Zana menghidupkan enjin kereta nya itu terus bergerak keluar yang dia sendiri tidak tahu arah tuju nya itu pada hujung minggu seperti ini.
Akhirnya kereta yang dipandunya itu berhenti di depan TamanReakrasi  yang berada tidak jauh dari bandar.
Dia termenung seketika melihat suasana disana yang agak panas ketika itu memandangkan waktu itu baru sahaja menunjukkan pukul 11.30 pagi.
Perasaan yang ada ketika itu bercelaru, macam-macam perasaan yang ada ketika itu.
Dia menghembuskan nafas keluhnya dan bercakap seorang diri didalam kereta nya itu.

"Hurm.......Kenapa lah aku yang harus lalui semua ini., kenapa aku yang perlu hadap semua ini."
Dia terus mengatur langkah kecilnya itu dengan perlahan-lahan menuju ke pondok yang berada ditengah-tengah taman tersebut.
Duduk seorang diri melihat kawasan yang lapang,sesuai untuk aktiviti meluangkan masa bersama keluarga. Alangkah indahnya ketika itu dia dapat merasai kebahagian seperti keluarga lain.
Dia hanya termenung sahaja duduk di bawah pondok kecil itu seorang diri.


                                                                                                                                                                 



Setiap kali dia pergi ke Taman Reakriasi mesti dia melihat sepasang kanak-kanak yang sedang leka
bermain-main dengan gembira. Melihat karenah mereka berdua tertawa kecil didalam hati.
Disana la dia menghilangkan rasa sunyi itu selepas parut yang tercoret pada dirinya itu.
Menyesal sudah tak berguna, yang hanya mampu dia lakukan hanya pergi membawa diri,cuba untuk
menggembirakan dirinya sendiri. Kekangan yang di hadapinya sangat sulit untuk dia tempuh apabila tiada seorang pun ahli keluarganya memahami apa yang dirasanya selama ini.

"Isyah! Isyah!" suara riang budak lelaki tersebut.
"Janganlah ambil, itu Isyah punya. Pulangkan la semula."
"Tak nak. Isyah pergi beli yang baru" bentak kanak-kanak lelaki tersebut terus melulu lari kearah Zana.
Mereka saling berkejaran pusing ke arah aku. Zana hanya tersenyum melihat keletah mereka berdua sampai lah salah seorang dari kanak-kanak tu terjatuh.
Zana dengan panats pergi kearah kanak-kanak perempuan yang jatuh itu.

"Ya Allah." Zana merasa cemas bila melihat darah yang ada di lutut kanak-kanak perempuan tersebut. Mujurlah Zana sentiasa ada tisu da hansaplast dalam bag tangannya, segera Zana mencapai bag tangannya untuk mengeluarkan hansaplat dan tisu. Kanak-kanak perempuan terus menangis
tanpa henti kerana kesakitan.  Zana cuba menenangkan kanak-kanak tersebut dengan memberi sebiji gula-gula yang tinggal dalam bag tangan nya.

"Papa! nak papa."
Zana hairan mana perginya kedua-dua orang tua kepada adik-adik yang comel ni. Zana hanya diam kerana dia melihat kelilingnya itu tidak ada kelibat orang-orang dewasa selain dirinya. Zana merasa sedikit marah bila kedua-dua orang tua kepada kanak-kanak yang comel ini tidak berada di samping mereka ketika meraka sedang leka bermain di Taman Reakriasi. Seolah-olah tidak akan berlaku sesuatu yang tidak jangka akan berlaku.

"Nama adik siapa,? Sini kakak tengok luka adik." Zana meniup-niup kedua belah tapak tangan kanak-kanak itu yang penuh dengan pasir. Dengan spontanya budak perempuan tu memeluknya sambil menagis. Hanya Allah sahaja yang tahu bertapa pilu dan rindunya pada Arifah. Naluri sebagai seorang ibu hanya la mimpi semata-mata baginya. Zana hanya mampu menahan perasaan sakit itu seorang diri.Tidak siapa pun pernah tahu apa yang dipendam nya selama ini.
Zana membalas pelukkan itu dengan erat sehingga terlupa yang budak lelaki yang bermain dengan kanak-kanak lelaki yang bemain sama-sama dengan budak perempuan yang jatuh ini.
Alih-alih terdengar dari jauh suara garau menjerit-jerit.

"Isyah! Isyah!"
"Papa, papa Isyah sakit papa." budak perempuan tersebut bangkit tidak lagi menghiraukan luka yang baru saja dia dapat tadi terus ke arah lelaki tadi yang menjerit tak sudah.

"Terima kasih la dik sebab tolong Isyah."
"Hurm." Zana hanya mencemikkan muka kerana rasa geram dengan sikap papanya yang indah tak indah je dengan anak-anak mereka.
"Maaf la dik sebab susahkan adik je ."
"Eh tak apa, Zana ok je. Cuma lain kali jangan la bagi mereka ni keluar bermain tanpa pengawasan orang tua." sindir Zana pada lelaki tersebut.
"Insyallah."
"OK la kalau tak ada apa-apa lagi Zana nak balik dulu."
"Eh kejap!" tahan lelaki tersebut.
"Kenapa ya?" Zana pelik dengan tindakan lelaki tersebut.
"Abang Iz. Nama adik pulak?" lelaki yang berjambang rapi dengan kulit sawah matang menghulurkan tangan nya tanda terima kasih serta salam perkenalan.
"Zana." Zana mejawab sepatah perkataan dan terus beredar dari situ tanpa menghirau kan mereka.
Isyah dan abangnya itu hanya melambaikan tangan nya ke arah Zana. Zana hanya membalas dengan semnyuman dan memberi kata sedap agar kanak-kanak itu gembira.
Lelaki yang bejambang dilihatnya itu terpinga-pinga apabila hanya sepatah sahaja perkataan yang di balas oleh Zana.
"Nanti kita jumpa lagi ye adik-adik."
"Ok akak nanti kita jumpa lagi ya." Isyah dan abangnya itu hanya tersenyum apabila Zana memberi kata-kata harapan.
Walaupun itula kali pertama Zana melihat dan berjumpa kanak-kanak itu, tetapi seperti sudah lamanya berhubung.

Sedang enak merehatkan dirinya di atas katil walau pun biliknya tidak la sebesar didalam rumah banglo, Zana bersyukur dengan rezeki yang Allah beri tidak pernah putus.
Zana tidak dapat melelap kan diri dek kerana teringat peristiwa tempoh hari . Keletah budak-budak itu membuat dirinya mampu tersenyum kembali seperti dulu.
Di dalam hati teringin sekali ingin berjumpa budak-budak itu lagi. Dalam diam Zana tertanya-tanya manakah mama pada dua orang kanak-kanak yang comel itu.

"Ahh" Zana ketawa sendiri kenapa pulak aku hendak sibuk-sibuk tentang lelaki yang berjambang itu.
lebih baik aku buat hal sendiri.

Bip bip bip bip.
Seperti biasa Zana lebih selesa telefon bimbit nya itu di senyap kan. Dia tidak suka di gangu dengan panggilan keluar masuk setelah dia pulang berkerja.
Oleh kerana dia pulang lewat kerumah itu kerana terpaksa menyiapkan report bulanan untuk di hantar pagi esok kepada bos. Tidak sempat mandi Zana terus terlelap.

"Ya Allah, Ish Zana, Zana,"
Keluh sendiri kerana tertidur dan baru tersedar bila kedengaran azan isyak di kawasan rumahnya itu.
Bingkas segera Zana menarik tuala yang tersidai rapi di ampaian diding  rumahnya itu terus menuju ke bilik air. Selesai mandi dia terus menunaikan kewajipanya terhadap Maha Penciptanya itu.

Menapak langkah demi selangkah menuju ke dapur untuk mencari makanan yang boleh mengisi perutnya yang lapar kerana tidak sempat menjamah makanan kerana terlalu sibuk dengan kerja nya.. Memandangkan jam pun sudah menunjukkan pukul 9.30 malam dia lebih selesa berada di rumah waktu-waktu macam ini. Dia tidak mahu keluarganya mengata yang bukan-bukan jika dia kerap keluar malam.
Zana hanya membuat membancuh susu tempung yang sedia ada di dapur rumahnya itu untuk di minum. Zana pergi keruang tamu dia melihat suasana yang sunyi hanya bunyi angin diluar bertiup kencang.Di ulit rindu seketika teringat senda gurau nya bersama-sama keluarganya di dalam rumah itu .Sudah bertahun Zana tidak mengeluarkan tawa riang nya itu, terlalu dalam luka peritnya yang dilaluinya.  Keluarganya kerap balik ke kampung yang tidak jauh dari rumahnya. Zana lebih suka bersendirian di rumah walaupun keluarganya ada di rumah.
Selepas Arifah tidak lagi duduk dengan keluarganya Zana mula berubah menjadi seorang yang lebih suka menyendirikan diri, Zana hanya keluar bila perlu untuk dia tenangkan fikirannya dengan menulis apa sahaja yang terlintas di fikirannya.
Zana merehatkan dirinya seorang diri di dalam bilik .




"Zana." tegur Kak Rina.
"Ye akak, kenapa?" jawab perlahan Zana.
"Tak ada apa-apa, cuma nak cakap kamu nak join tak kita orang nak pergi berkelah cuti umum nanti." balas Kak Rina.
"Ermmm, tak tahu la nanti cuti nak pergi mana. Nanti kita konfem kan semula ya akak."
"Bagi tahu awal-awal senang nanti nak planing kita nk bawak apa nanti untuk anak-anak. Sebab yang pergi nanti semua encik suami masing-masing tak ikut,lagipun anak-anak akak dan Kak Ayu kamu tu suka kalau kamu ikut sekali. Mengalahkan orang lain happy nya tu."
"Ok akak."

Zana mengerti bahaawa anak-anak Kak Ayu dan Kak Rita memang selesa dengan hadirnya Zana di dalam hidup mereka selepas Zana bekerja di tempat yang sama dengan ibu-ibu mereka.

Mereka memutuskan perbualan dengan menyambung semula kerja yang bertimbun di office.
Pukul 12 tengah hari tepat. Waktu rehat pun tiba, Zana melihat jam yang selalu dipakainya itu terus mencapai bag tangannya untuk keluar rehat. Zana menghabiskan satu jam masa rehatnya itu di gedung beli belah berdekatan dengan tempat kerjanya.

"Haishhh, saat-saat ni lah kereta api ni nak lalu." keluh Zana yang terpaksa menunggu panjang dek kerana laluan pintu utama ditutup untuk diberikan laluan kepada kereta api.
Zana melihat kenderaan mewah sebelahnya yang di pandu oleh seorang lelaki yang wajah nya begitu kacak dengan ditemani oleh seorang perempuan yang sangat cantik. Zana berkata-kata di dalam hatinya untung sungguh pasangan tersebut, sama cantik,sama-sama padan.
Tidak lama kemudian laluan yang agak lama itu dibuka dan Zana terus gerak ketempat tujuannya.

Zana dan Ipadnya tidak pernah lepas, seperti belangkas. Hanya dengan menulis cerita hayalan saja yang dapat Zana melupakan semuanya. Zana duduk di kerusi yang berada di penjuru gedung beli belah tersebut , Zana hanya membeli roti dan air untuk mengalas perut nya saat dia sedang hayal mengarang ayat-ayat cinta di blog nya. Setiap hari waktu rehat Zana di habiskan di sana .
Sedang leka dia menaip sambungan cerita nya di blog, tiba-tiba dia terdengar suara lantang lelaki yang sedang marah seorang wanita sehingga terdengar esakan suara nangis dari wanita tersebut di tempat hujung kawasan yang tidak terlalu menonjol di hadapan awam. Zana memusingkan kepala ke arah pasangan tersebut melihat wanita tersebut sedang merayu-rayu sambil memegang kedua-dua tangan lelaki tersebut. Zana hanya membuat muka pelik kerana wajah pasangan yang baru je dilihat nya itu seolah-olah pernah dilihatnya sebelum ini. Tapi Zana tidak igt dimanakah dia melihat wajah mereka berdua, sehinggalah pasangan tersebut beredar dari tempat tersebut.Puas dia memikirkan dimanakah wajah pasangan itu dia nmpak.

"Tolong la dear, jangan tinggalkan I, I janji dengan you I akan buat apa sahaja demi you." rayu wanita tersebut tanpa dihiraukan oleh lelaki tersbut.
"Tolong lah jangan paksa-paksa I lagi, I da bosan dengan you. we get enough with our relation."
jawab dengan nada tinggi lelaki tersebut.

Akhirnya ingatan terhadap wajah tersebut mengingatkan kembali dimana Zana meliht dua wajah pasangan tersebut di jalan raya ketika dia tersangkut dalam perjalanan jalan utama tadi. Zana baru ingat bahawa lelaki itulah yang memandu kereta mewah disebelahnya masa tersangkut dlm perjalanan tadi.

"Tengok dalam kereta tadi punya la macho lelaki, rupanya suka marah-marah.Ish Zana, elakkan la kau bertemu jodoh seperti lelaki macam tu Zana." Zana bercakap seorang diri tanpa menghiraukan orang awam sekeliling yang sedang memerhati Zana yang sibuk bercakap seorang diri.
Zana tergelak sendiri bila Zana bercakap seorang diri disana.

Lagi 15 minit dah nak kena punch card. Zana segera menyimpan Ipadnya kedalam bag tanganya dan terus mengantur langkah pantas ke tempat letak kereta tanpa sedar tiket nya yang dikeluar kan tadi tertinggal di ats meja tersebut. Sampai je di kaunter pembayaran tiket Zana kelam kabut apabila tiket tempat letak kereta yang disimpannya di dalam bag nya tiada.


"Napa dik." sapa dari salah seorang di situ yang sedang beratur menunggu gilirannya ingin membayar tiket.
"Ermm tak tahu la mana saya letak tiket saya ni." jawab Zana tanpa melihat kerana sibuk dengan mencari tiket nya itu di dalam bag tanganya.
"Cuba adik cari perlahan-lahan, jangan kelam kabut." cakap seorang pemuda yang menypanya tadi.
"Memang tak ada dalam bag la.  Macam mana ni." Zana mula rasa bimbang kerana tidak pernah berlaku seperti itu dalam dirinya.
"Betul ke tak ada tiket nya dalam beg tu.?" tanya pasti pemuda itu pada Zana.
"Ya." Jawab Zana yang sungguh ringkas dengan mukanya cemik nya yang risau akan kehilangan tiketnya itu.
"Kalau macam tu pergi ke couter reception mall ni." suruh pemuda tu.
"Kalau pergi sana nanti dia buat apa je ya???" tanya Zana yang membuat kan pemuda tu tertawa akan kata-kata Zana tadi.
"Dia nak saman adik lah." sakat pemuda tersebut.
"Ish jangan la main-main." saya tak buat salah apa-apa pun.
"Kalau sudah tahu tak buat salah napa nak takut cik adik manis."
"Ok la, saya pergi counter reception mall ni dulu, apa-apapun terima kasih  la ya."

Zana terus mengatur langkah mencari bilik reception di mall tersebut. Tiba sahaja di bilik reception itu dia terlihat pemuda yang menyuruh nya datang ke bilik reception itu telah berada di bilik tersebut.

"Eh dia ni lagi, apalah yang dibuatnya mamat ni kat sini. Saja la tu nak ikut aku." Zana berkata sendiri di dalam hati.

Mereka saling berpandangan apabila bertembung di bilik tersebut.Zana sempat mendengar perbualan
staf yang sedang bertugas itu berbual dengan pemuda tersebut sampai la pemuda tersebut beredar dari ruangan itu.

"Apa dia buat ya kat sini? Apa jawatan dia ya kat sini, sampai-sampai staf yang bertugas panggil dia
dengan panggilan Bos" tanpa henti Zana memikirkan tentang pemuda tersebut sambil duduk di ruangan tamu yang disediakan di bilik tersebut.
"Puan! Puan!" salah seorang staf yang bertugas menegur Zana berulang kali.
"Eh maaf, saya tak perasan."Zana diam hannya melihat
"Puan tiket puan , kami da gantikan yang baru tiket puan yang hilang. Sebelum puan menerima puan kena lengkapkan borang kaji selidik ini untuk memastikan yang puan sudah menerima semua tiket kedua dari kami." terang dari staf itu.
"Hurmmm puan dia panggil aku. Tua sangat ke muka aku ni?. Ahh xkisah la janji aku dapat balik tiket ni."
 Zana terus melengkapkan semua butiran yang ada didalam borang tersebut. Selesai sahaja die terus beredar dari situ.
Zana berasa lega apabila dia dapat semula tiket parkingnya itu semula dan mengatur langkah ke tempat parking kereta nya itu. Segera dia meninggalkan pusat membeli belah itu dengan segera.
Zana yang sudah lewat 20minit hanya tersenyum sipu kerana semua orang yang berada di kaunter bawah melihat nya yang kelam kabut mengatur langkah untuk masuk office.

"Hai Zana lambat pulak kamu harini masuk rehat, ada dating dengan pakwe ke?" usik kak Rina
"Eh tak ada lah akak, Zana lambat sebab tiket parking Zana hilang masa kat dalam mall, tak tahu la tercici kat mana." jawab panjang lebar Zana bila sedikit terasa dengan kata-kata Kak Rina.
Mereka terus membuat haluan masing-masing di dalam office yang tidak berapa besar.


Kring! Kring! Kring!
Jam punch card berbunyi dengan kuat, Zana tidak mempedulikan bunyi denringan  nyaring itu.
Zana sibuk melayan kerja-kerja office nya yang tidak pernah habis itu. Semua staft kelihatan sibuk megngemas meja selepas dengar deringan itu.
Tinggalah Zana dan Miss Chu di dalam office.

"Zana, You tak balik lagi ya?" tergur Miss Chu.

Zana sudah mengagak lenggok suara yang menegurnya dari belakang.

"Eh Miss Chu belum balik lagi kah, Zana nak siap kan report daily dulu baru Zana balik."
Jawab Zana tanpa pandang ke arah Miss Chu.
Jam pun da masuk pukul 6 petang. Zana merasa agak letih, dia mengemas meja nya dengan pantas
untuk pulang awal pada hari tersebut.


                                                                                                                                                                   


Terdengar suara riang kanak-kanak di pantai mersing yang sedang bermaindi persisiran pantai.
Angin sepoi-sepoi bahasa menjadikan suasana tidak begitu panas dan merasa ketenangan di situ
melihat pantai yang luas di sana.
Sementara menunggu Kak Rina,Kak Ayu,Sarah Ain dan Intan sampai di pantai yang di janji kan mereka tempoh hari untuk berkelah di sana, Zana terus menuju ke arah pantai dengan hanya berteman kan camera nya, Zana membuka kasut nye lalu dan memengang dengan kedua-dua tangan nya. Zana berjalan sampai ke hujung pantai Zana memakai kasut  dan singgah di beberapa kedai yang ada dihujung pantai tersebut. Zana melihat jam masih awal dia tiba disana,
dia melihat telefon bimbitnya masih tiada sebarang panggilan, Zana pasti bahawa mereka masih belum tiba di destinasi yang di janjikan memandangkan jam baru pukul 8 pagi.
Terlalu awal Zana bertolak dari rumahnya untuk ke destinasi yang dituju. Zana sudah biasa dengan karenah rakan sekerjanya yang selalu tidak menetapi masa apabila berjanji.

Zana menjamu selera di salah sebuah kedai yang di buka di hujung pantai sementara menunggu rakanya.
Agak lama Zana berada di kedai makan tersebut , Zana bingkas bangun dan membayar di kaunter.
Zana  menuruskan langkah nya ke tempat dia meletak kan kenderaan nya tadi.
Zana mengambil camera nya yang tersangkut di lehernya itu untuk menangkap gambar ombak yang
begitu cantik baginya.
Zana menangkap gambar sambil mngundurkan dirinya kebelakang tanpa melihat ..
Tiba-tiba...

"Eh maaf cik." Zana segera meminta maaf kerana terlanggar salah seorang pelancong yang sedang duduk diatas tikar , datang untuk bercuti di pantai mersing.

"Awak ni buta ke?Awak tak nampak ke saya ada kat sini. Itulah lain kalau jalan tu pandang-pandang kiri kanan"
Marah seorang perempuan yang dilihat Zana cantik tetapi bahasa nya yang kurang sopan membuat kan Zana hanya mendiakan diri kerana tidak mahu membuat keadaan bertambah rumit.
Zana hanya meminta maaf sekali lagi untuk meredakan keadaan.

"Maaf cik saya tak sengaja." rayu Zana untuk redakan keadaan tegang yang sedang berlaku.
"Apa maaf-maaf, lain kali tu ada mata guna jangan sibuk letak kat camera kau tu."

Muka Zana yang sedikit merah menahan marah kerana di maki-maki oleh perempuan tersebut,
Zana hanya berkata dalam hati.

"ISh perempuan ni, muka je cantik tapi bahasa nya, masyallah."
Zana berkata dalam hati seorang diri.

"Mama !"

Alih-alih dari belakang serorang budak perempuan memeluk Zana. Zana merasa hairan kerana tiba-tiba sahaja ada orang memeluknya dari belakang.

"Isyah nak air mama."

Zana hanya memusingkan badan kearah kanak-kanak perempuan tersebut dan tergamam apabila
kanak-kanak yang memeluknya itu kanak-kanak yang jatuh di taman rekriasi dulu.
Zana memandang ke arah sekeliling seperti mencari sesuatu .

"Isyah sini dengan mama." wanita yang baru sahaja bertengkar dengan nya itu menarik tangan Isyah dengan kuat ke arahnya.

Zana baru perasan bahawa warna baju yang di pakai nya sama dengan warna baju wanita tersebut.
Sebab itula Isyah tersalah peluk. Zana melihat wajah wanita tersebut mengingat kan kembali akan kejadian pertengakaran rayu merayu sebuah pasangan tempoh hari.
Zana tertanya-tanya siapakah wanita tersebut terhadap kanak-kanak yang sering dia lihat dan bertemu itu. Siapakah wainta itu dengan lelaki yang dilihat nya dalam keadaan menangis merayu pada lelaki yang  berperwatakan gagah perkasa itu.

"Eh Isyah, ingat lagi tak kat kakak yang tolong Isyah masa Isyah jatuh kat taman tu?" tanya Zana tanpa menghiraukan ibu nya yang berada disamping Isyah.
"Isyah hanya mengangukkan kepala tanda ingat nya terhadap Zana."
"Eh ni kakak yang tolong Adik Isyah haritu kan, abang ingat mama ni la kakak yang tolong Adik masa adik jatuh." petahnya budak lelaki abang kepada Isyah bercakap, pantas kedua- dua kanak-kanak tersebut meluru ke arah Zana.

Wanita tersebut hanya mendiamkan diri apabila melihat anak-anak nya sungguh mesra dengan Zana.
Zana yang melemparkan senyum gembira apabila melihat budak-budak itu masih ingat terhdapnya.

"Mama! Mama! Isyah nak ikut kakak ni main kat pantai boleh tak mama?" rayu Isyah.
Wanita itu hanya mendiamkan diri. Zana hanya memandang wajah wanita yang sedikit tidak selesa
apabila anak nya itu merintih hendak mengikut Zana bermain di pantai.
Zana memahami apa yang wanita itu apabila anaknya sendiri lebih mesra dengan Zana berbanding ibunya sendiri.

"Isyah, akak bukan tak nak ajak Isyah main sama-sama dengan kakak kat pantai. Isyah kan anak yang baik Isyah kena la teman mama Isyah, kesianlah kat mama kalau Isyah ikut kakak."pujuk Zana terhadap Isyah.

Mujur lah Isyah seorang kanak-kanak yang sangat senang memahami. Abangnya mengikut rentak adiknya hanya mengangguk kan kepala tanda faham.

"Nanti kita jumpa lagi ya kat kluang." pujuk Zana bila melihat sayu nya muka Isyah.
"Kakak janji kan nak jumpa lagi kat taman."

Wanita kepada kedua kanak-kanak itu hanya mendiamkan diri.

"Siapa Zana dengan anak-anak aku. ? Rapat betul hubungan mereka." wanita itu berkata sendiri.

Zana terus meninggalkan mereka sebaik sahaja telefon bimbit yang dipegangnya itu berbunyi,
Zana terus menuju ke arah tempat parking kereta nya. Zana melihat rakan-rakan nya sudah menunggu sambil memasang kemah di kawasan rata tepi pantai tersebut. Kelihatan dari jauh Ain dan Intan sedang melayan kerenah anak-anak Kak Ayu dan Kak Rina.
Dari jauh anak-anak Kak Ayu dan Kak Rina melihat Zana terjerit-jerit nama Zana.

"Auntie Zana ! Auntie Zana!"
"Yeah yeah auntie Zana ada." sungguh gembira mereka apabila melihat Zana yang semakin dekat kearah mereka.
"Ok cepat sapa nak selfie dengan auntie ." Zana meluru ke memeluk mereka dengan tawa riang.

Mereka sungguh gembira. Ain dan Intan terus menuju ke arah Kak Ayu dan Kak Rina untuk menolong mnyediakan makanan yang dibwa dari rumahnya.

"Ok lah bagi auntie rehat kejap. korang semua main kat tepi-tepi je ok, kalau nak main air panggil auntie ok. Ingat! jangan main sorang-sorang bahaya. Kalau tak mahu dengar kata auntie tak mahu sayang."
"Ok auntie!" serentak mereka jawab tanda faham apa yang Zana pesan.

Zana duduk di bawah pokok ambil melihat gambar-gambar yang di ambil sejak dia tiba di pantai mersing. Zana teringat akan Isyah dan abangnya semasa di tepipantai tadi. Tidak sempat Zana berkenalan dengan ibu kepada mereka. Zana terus beredar dari sana. Zana merasa rindu kepada Arifah apabila Zana teringat akan kejadian sebentar tadi apabila Isyah memeluknya sekuat hati seolah Zana dan Isyah ada pertalian darah.
Hanya Allah sahaja yang tahu bertapa rindu nya Zana terhadap Arifah.
Zana hanya menumpang kasih pada anak-anak Kak Ayu dan Kak Rina.
Rindu dengan gelak ketawa Arifah yang manja apabila Arifah meminta sesuatu pada Zana,
rindu pada perbuatan yang sering membuat kan Zana melihatnya. Telah terpadam lama selepas kejadian yang berlaku di rumah nya itu selepas kehadiran tetamu yang di undang khas oleh keluarganya telah mngubah segalanya .



                                                                                                                                                                 





Ammar Ikram seorang  lelaki yang beperwatakkan kemas dari segala rupa paras cukup sempurna apatah lagi dengan kerjayanya. Ciri-ciri lelaki idaman setiap wanita ada di dalam diri Ammar Ikram.
Tetapi dimata Zana, Ammar Ikram hanya biasa sahaja kerana Zana cukup mengenali Ammar Ikram yang hanya ingin kan dirinya hanya ingin menutup semua perbuatan yang telah membuta kan semua orang sehingga tiada seorang pun tahu akan sikap sebenarnya. Zana hanya boleh mendiakan diri oleh kerana tidak mahu menengangkan suasana.


"Assalamualaikum."
"Walaikumsalam, hah dah sampai ya ibu tetamu kita."

Angah terus menuju ke arah Ibu yang sedang sibuk diddapur menyediakan makanan untuk tetamu.

"Ibu tetamu da sampai, ayah suruh ibu kedepan untuk melayan tetamu."
"Ok, jap lagi ibu sampai depan."


Zana yang sedang bersiap didalam bilik untuk pergi kerja tidak mempedulikan tetamu yang yang katanya istimewa terhadap keluarganya itu. Zana turun langkah demi selangkah, tiba sahaja di bawah
dia melihat tetamu yang hadir hari itu membawa beberapa barang-barang hantaran. Zana hanya mendiamkan diri dan meluru masuk kedapur melihat Arifah yang telah lama dia tidak berjumpa Arifah anak nya itu setelah dia menaikkan diri di alam persekolahan, ada di dapur sedang makan. Zana kelihatan sungguh gembira apabila Arifah yang sedang makan kelihatan sungguh comel sehingga dia memeluk Arifah yang sedang leka dari belakang.

"Mama. Mama baru bangun ke?." suara ceria Arifah apabila melihat wajahyang sedang memeluknya itu.
"Shuutt diam-diam, nanti tuk ummi dengar." Zana hanya mengingat kan Arifah bahawa memperlahankan suara nya kerana tidak mahu