Friday, 16 May 2014

kerananya cinta dia bab 1 (b)

Hujan semakin lebat, hari silih berganti. Amira yang sedang termenung melihat hujan duduk di beranda rumahnya. Dia memikirkan apa yang terjadi padanya selepas mengenali Adam Iqbal. Seharusnya patutkah keluarganya mengetahui apa yang dia cuba senbunyikan sesuatu. Dapatkah keluarganya menerima Adam Iqbal, seperti mana dia menerima dalam hidupnya.

"Ira, tolong mak tarikkan ampaiyan ke dalam rumah nanti takut terkena tempiasan hujan."
Jerit mak pada Amira yang sedang leka termenùng melihat hujan yang turun dengan lebat.

"Ya mak nanti Ira tolong tarikkan." Ira menjawab perlahan tanda mengerti apa yg disuruh ibunya.

Ira mengatur langkah menuruni anak tangga rumahnya itu menuju ke ruang dapur untuk membantu emak nya menyediakan menu tengah hari. Suasana sunyi sepi di dapur, hanya tiupan dan kedengaran hujan yang jatuh di muka bumi ini.
Setelah siap menu untuk tengah hari Ira pun segera menyeduk sesenduk nasi di pinggan lalu dia memanggil anak nya dan menyuapkan anaknya yang tercinta .

"Mama tidak makan sekali?" tanya anak nya.
"Kejap lagi mama makan ya, mama kenyang lagi." jawab Ira untuk anak nya.
"Ala mama jom la makan sekali dengan Hawa, kalau mama tidak mahu makan, Hawa pun tidak mahi makan juga." Rajuk Hawa pada Ira.
"Janganlah begitu sayangku, nanti kalau Hawa tidak makan, Hawa tidak boleh sekolah. Bila tidak sekolah nanti tidak pandai dan tidak boleh kerja yang bagus-bagus. Kalau tidak dapat kerja yang bagus, macam mana pula Hawa nak tanggung mama bila mama sudah tua."pujuk Ira untuk Hawa.
Akhirnya Hawa termakan pujuk rayu Ira.


Selepas dia menguruskan anaknya itu. Ira segera menyiapkan diri untuk bekerja kerana jam sudah memunjukkan pukul12.30pm.
Tiba sahaja Ira ditempat kerja dia terus menyambung kerjanya yang menimbun. Seperti biasa dia tidak bercakap dengan staft yang lain selepas apa yang terjadinya sedikit salah faham antara dirinya dan staft lain.
Dia takut akan dirinya apabila bercakap, akan ada lagi timbulnya salah faham antara meraka lagi. Sejak dari situ la dia rasa dirinya terasing dari meraka. Dia banyak mendiam kan diri nya dari semua orang. Dulunya dia seorang yang ceria kini dia memjadi seorang yang pendiam. Tiada lagi mendengar suaranya yang ceria itu di dalam tempat kerja nya.

No comments:

Post a Comment